Kehadiran Bahasa Arab Di Negeri Melayu Tarikh ketibaan bahasa Arab ke Nusantara secara biasanya dan ke Malaysia secara tepatnya masih tidak dapat dipastikan dengan benar. Walau apapun, oleh kerana bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan al-Hadis yang menjadi sumber peraturan Islam, tarikh kedatangannya tidaklah sukar ditentukan jika
ia dihubungkaitkan dengan tarikh kedatangannya Islam.
Kehadiran Islam bermaksud kedatangan bahasa Arab kerana memang tidak dapat dipisahkan. Bahkan kedua-duanya saling utuh antara satu sama lain. Islam memang tidak akan dapat disebarkan tanpa menggunakan bahasa Arab sebagai perantaraan. Tiada Islam sebagai isi kandungan, bahasa Arab sendiri tidak membawa apa-apa makna dan tidak akan berkembang pesat seperti masa kini.
Sebenarnya pelbagai pendapat ketibaan Islam ke kepulauan Melayu telah dibincangkan secara panjang lebar oleh sarjana tempatan dan sarjana Barat. Perbezaan antara pendapat tersebut adalah berkaitan dengan tarikh, daerah dan faktor ketibaannya.
Secara amnya terdapat tiga teori utama mengenai bagaimana cara Ketibaan Islam dan masanya adalah sama ada dengan pedagang dan mubaligh Arab atau pedagang India atau pedagang Cina.
Fatimi S.Q. berpendapat Kedatangan Islam ke alam Melayu adalah secara berperingkat-peringkat. Hubungan paling awal ini
dianggarkan bermula pada tahun 671 Masihi iaitu pada abad ke-7 Masehi.
Hamka pula mempunyai teori bahawa ahli sejarah Sir Thomas Arnold mengandaikan Kehadiran Islam ke alam Melayu adalah pada abad pertama Hijrah berdasarkan kewujudan hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Kanton dan Ceylon.
Seterusnya Abdul Rahman Abdullah pada 1990 mempunyai teori Islam hadir ke alam Melayu pada tahun 30 Hijrah iaitu pada zaman Khalifah Uthman Affan (644-656 Masihi).
Bangsa Melayu ketika itu secara biasanya mudah menerima istilah-istilah Arab dalam kehidupan hari-hari mereka. Oleh kerana itu kita percaya untuk menggunakan perkara ini sebagai asas kukuh dalam pembelajaran bahasa Arab di Malaysia.
Oleh itu, jika perbendaharaan kata dan istilah Arab boleh diterima sebagai sebahagian daripada bahasa Melayu sejak berzaman bermakna pasti masyarakat Melayu masa ini senang untuk mengikuti pengajaran bahasa Arab.
Oleh itu marilah sama-sama kita
belajar bahasa arab untuk mendaulatkannya.